QUICK SEARCH your testimonial/comment on this site:

General Election

testifriendster.net brings you the best and the largest collection of images related to Malaysians' 12th general election (Pilihanraya Umum ke 12).Feel free to distribute them.Lets make this coming election as the most remembered election in our life.-rem





101









100









99









98









97










96









95









94










93









92











91









90









89










88









87









86










85









84









83











82









81









80











79









78









77











76









75









74










73









72









71










70









69









68










67









66









65









64









63









62










61









60









59









58









57









56









55









54









53









52









51










50









49









48









47









46









45









44









43









42









41









40









39










38









37









36









35









34









33










32











31









30









29









28









27









26









25










24









23









22










21









20









19










18









17









16









15









14









13









12









11









10









9









8









7










6










5










4










3










2










1





Bangsa kita terlalu kecil untuk berpecah, negara kita terlalu kecil untuk berpisah. ISLAM menyeru kita mengamalkan ukhuwwah, perpaduan, toleransi, dan kesederhanaan

15 comments:

Anonymous said...

HiDuP pArTi IsLaM SeMaLaYsIa...
SeMoGa ALLaH MeMbErKaTi PeRjUaNgAN KaLiAn SeMuE....

Anonymous said...

berbezapendapat xbererti umat kiat hancur.berbeza pendapat untuk mendapat sesuatu yang lebih baik.jangan pandang kita berbeza parti politik,kita hancur.tidak.apabila wujud satu pihak yang membelakangkan agama,kita harus menegur,bertindak.xkan kita hanya melihat sahaja kerana alasan tidak elok berbalah.tiada manusia yang sempurna.nabi sahaja yang sempurna,maksum.jadi ini lumrah bila kita berbeza pendapat.kita hendak mencari yang terbaik.itu sahaja.blog anda menarik.cuma saya kurg berstuju dengan ayat terakhir anda dlm post ini....

rem said...

salam..

heh thanks for leaving ur comment=) nampaknye kite tidak berbeza pendapat,cuma salah faham.sy bersetuju dengan pendapat awk,malah menyokong penuh hujah awk.ingin sy tambah supaya tidak tersalah tafsir lagi oleh pihak lain..

sy tidak pernah menolak untuk berbeza pendapat.cuma sy menolak utk kita BERPECAH.sy ada satu gambar dlm frenster sy yg sy edit sendiri (awk boley add) yg

berbunyi "mengkritik tidak bererti menentang..menyetujui tidak semestinya menyokong..menegur tidak bermakna membenci.dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"..

tidak bermaksud sy berkata kita tidak patut berubah atau bertukar pimpinan.saya jugak tidak bermaksud utk tidak berbeza parti politik.politik kerpartian hanyalah wadah untuk menegakkan Islam.yang paling penting undi kita,kalau bercakap soal pilihanraya.

kita semua satu akidah yg sama,maka sepatutnya kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.Firman Allah swt di dalam al-Quran yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu semua kepada Allah dan taatlah kamu semua kepada Rasul dan pemimpin di kalangan kamu, apabila kamu saling berbalah di dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah (rujuk al-Quran) dan kepada al-Rasul (rujuk al-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada hari akhiratYang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.(an-Nisa’: 59)


Berbeza pendapat merupakan satu RAHMAT Allah.Kita ada pelbagai mazhab dari imam besar.Imam besar tidak bertelagah,inikan pula kita.Pada hakikatnya,kerana perbezaan inilah maka rahmat yg ada dari 4 mazhab utama yg diamalkan seluruh dunia.Yg mana setiap mazhab ada keringanan,kemudahan,keberkatan sunnah nabi.imam2 besar masing2 mempunyai dalil dan nas yg berbeza,namun akidah tetap sama.Yg pastinya,mereka tidak berbeza dalam perkara yg teras,tetapi lebih kpada cabang2.

DR. Yusuf al-Qardawi mengatakan bahwa barang siapa yang berusaha untuk membawa umat Islam kepada satu pendapat saja dalam masalah-masalah furu’ maka ketahuilah sesungguhnya dia melakukan usaha yang sia-sia, kerana hal ini tidak mungkin terjadi. Ini tidak bererti bahawa kita mesti berbeza dalam semua
permasalahan.perkara pokok melibatkan solat,zakat,puasa dan lain2 yg merupakan ketetapan yg qath'i (pasti) dari Allah. tidak salah berbeza dalam soal ijtihadiyah yg melibatkan soal hukum fikh atau cara berdakwah.yg penting sikap toleransi,tanpa ada cercaan,hinaan buruk sangka dan lain2.cuba cek al-Hujarat 11-12.


Hazrat Umar bin Abdul Aziz yang juga di panggil Ummar kedua berkata;”Aku tidak akan merasa senang(gembira) jikalau para sahabat nabi tidak berbeza pendapat di antara mereka, kerana jikalau mereka tidak berbeza pendapat, maka
tidak adalah ruang bagi pelbagai pendapat”

Berbeza pendapat itu rahmat,dengan syarat apa yang di bezakan tetap dari Sunnah nabi sendiri.., jika tiada dalam Sunnah nabi, boleh dirujuk kepada Pendapat Sahabat atau Ijtihad mereka.Tiada perbezaan pendapat untuk Syariat, Ulamak Ikhlas tidak akan berbeza pendapat dalam bab solat, riba, puasa.. yang berbeza adalah cabang...


Tetapi masalahnya,terdapatnya perpecahan di kalangan ummat islam akibat pendapat yang berbeza,maka kita hidup berpuak2,tuduh menuduh,mempertikaikan keimanan
masing2.Ini tidak betul dan tidak sepatutnya berlaku hanya kerana berbeza pendapat.

Dalam politik, perpecahan dapat dielakkan sekiranya perbezaan pendapat dikendalikan dengan tertib tanpa memanfaatkan keadaan untuk kepentingan golongan tertentu.Keadaan masyarakat Melayu yang kini berpecah akibat fahaman fanatik politik sempit. Ada kalangan kita yg tidak faham perkara ini.Inilah yg menyebabkan bertambahnya benih2 perpecahan dalam masyarakat kita yg sudah diumpamakan ramai dan banyak umpama buih2 di lautan.sangat menyedihkan! aktivis2 inilah yg sentiasa sahaja meniupkan api permusuhan. Perhatiannya sentiasa terfokus kepada titik-titik perbezaan dan perselisihan, bukan kepada titik-titik menguat dan menyempurnakan. Mereka sangat fanatik kepada jemaahnya dan menganggap jemaah lain tidak berada di pihak yang benar.

saya melihat,harini,ada golongan yg menjadikan perbezaan pendapat sbagai cara untuk meluaskan pengaruh walaupun kita dah tau.

Salah satu contoh terbaik ialah perbezaan pendapat antara Imam Shafie dengan Abu Hanifah tentang amalan qunut ketika solat subuh. Imam Shafie berpendapat bacaan doa qunut hendaklah dilakukan sementara Abu Hanifah pula ia tidak diperlukan. Setelah Imam Shafie berhijrah ke Kufrah, di tempat tinggal Abu Hanifah dan menjadi imam solat subuh, Shafie meninggalkan qunut. Imam Shafie menghormati pendapat Abu Hanifah.

Cuma masalahnya, Imam Shafie dan Abu Hanifah tidak menggunakan agama untuk kepentingan politik. Mereka bukan orang politik, dan tidak mempunyai kepentingan apa sekalipun, kecuali mendekatkan diri dengan Rabul Alamin. Bagi mereka, Islam bukan cara atau alat tetapi Islam merupakan sebahagian daripada kehidupan yang mampu menggerakkan dinamisme masyarakat.

Dalam berbeza pendapat kita kena ada adab.Dalam hal ini DR. Yusuf al-Qardhawi telah telah meletakkan adab-adab ini yang kesemuanya diambil dari al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi dan juga sirah para sahabat dan salafus soleh yang oleh penterjemah buku beliau diertikan sebagai landasan moral dalam berikhtilaf, diantaranya :


1. Ikhlas kerana Allah semata2 dan bebas dari hawa nafsu.kadang2 ikhtilaf cuma masalah kecil remeh temeh,tapi sebab nafsu dan tidak ikhlas,maka berlakunya perselisihan yg membawa kepada perpecahan.benda ni terjadi sbab keinginan atau kepentingan peribadi! dan kalau kita semua ikhlas kerana Allah,maka smua pihak akan berpihak pada kebenaran walaupun bukan dari dirinya atau kelompoknya..

2. Meninggalkan fanatisme terhadap individu, mazhab dan golongan. Sikap fanatik seperti ini akan melahirkan sikap selalu mempertahankan kesalahan dan menolak kebenaran yang mengakibatkan perpecahan. Orang yang bersikap fanatik ibarat orang yang hidup di rumah sendirian yang dindingnya drpd cermin.,maka kemana dia pergi pun nampak hanyalah dirinya.Al-qur’an telah memberi gambaran sikap seperti ini yang dimainkan oleh bani Israil dan orang-orang musyrik ( 2 : 91,170-171).

3. Berprasangka baik terhadap orang lain. Sikap seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain senantiasa berkhusnudhan (berbaik sangka) dan mencari seribu alasan ketika melihat suatu keburukan atau kelemahan, senantiasa menampilkan amalan-amalannya yang baik dan mengetepikan keburukan-keburukannya, jika ada seorang muslim yang melakukan duapuluh amalan buruk dan satu amalan baik, maka seharusnya senantiasa menampilkan amalan biknya dan menutupi amalan buruknya
hal ini untuk menjaga persatuan umat dan mengikis benih-benih perpecahan. Kita kena ingat kebaikan orang pada kita,tapi lupakan kebaikan kita pada orang.Kita kena lupakan kesalahan orang pada kita tapi kena ingat kesilapan orang pada kita. Disamping itu Allah SWT melarang seseorang untuk mentazkiyah diri sendiri kerana hanya Allah saja yang Maha mengetahui siapa hambaNya yang bertaqwa ( An- Najm:32, 4:49 ).

4. Tidak menyakiti dan mencela. Seseorang yang bersalah kerana ijtihadnya tidak harus dicela dan dimaki, sebab perbuatan seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kecuali perpecahan dan kehancuran umat. Membetulkan kesalahan orang tidak harus dengan mencela dan memakinya sebab pada hakikatnya tidak ada seorang pun yang terlepas dari kesalahan dan dosa kecuali Rasulullah SAW. Banyak ayat-ayat al-Qur’an dan juga hadis-hadis nabi yang melarang perbuatan mencela dan menghina, seperti dalam surah Hujurat.

5. Menjauhi perdebatan dan permusuhan yang sengit. Rasulullah sangat membenci umatnya yang berdebat walaupun dalam keadaan yang benar sekalipun, sabda beliau
yang bermaksud :” Sesungguhnya orang yang paling dimurkai Allah adalah orang sengit dan suka bermusuhan”. Abdullah bin Amer RA berkata:” Pada suatu hari aku
bersegera datang kepada Rasulullah SAW… kemudian Rasulullah mendengar suara dua orang yang memperselisihkan ayat alQur’an, lalu Beliu keluar kepada kami dengan wajah yang menampakkan kemarahan seraya berkata :” Ummat sebelum kamu binasa hanyalah kerana mereka memperselisihkan al-Kitab”.

6. Dialog dengan cara yang lebih baik. Apabila Allah dan RasulNya SAW sangat membenci berbantah-bantahan bukan bererti dilarang sama sekali untuk saling
tukar fikiran dan pendapat, bahkan dialog merupakan salah satu uslub dakwah yang telah dijelaskan oleh Al-Qur’an ( an-Nahl:125 ). perdebatan biasanya ditujukan kepada orang-orang yang menentang, yang seringkali membuat orang yang berselisih pendapat dengan mereka tidak sabar sehingga mengeluarkan kata-kata kasar dan emosi, oleh kerana itu Al-Qur’an memerintahkan agar perdebatan dilakukan dengan cara yang lebih baik, dengan cara pemilihan kata yang lembut dan
sejuk. Al-Qur’an sendiri telah memberikan contoh yang sangat baik untuk berdialog dengan orang-orang yang mengingkari, lihat surah Saba:24-25.


Kalaulah adab perbezaan pendapat ini diamalkan oleh umat Islam di Malaysia atau di mana sahaja umat Islam berada, maka diyakini satu perubahan sikap yang menyeluruh akan dapat dilakukan. Sehingga dengan demikian perbalahan dan pergaduhan akan digantikan dengan persatuan dan persaudaraan di kalangan umat Islam.

Di Malaysia akan muncul satu umat Melayu yang akan bersatu dalam komitmen menyebarkan syiar Islam walaupun mempunyai aliran politik yang berbeza.

“Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar r.aanhuma, daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda: Dengar dan taat )kepada pemerintah) adalah kewajiban setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak perlu lagi dengar dan taat (akan perintah maksiat itu).” (Riwayat Bukhari, jil.:6, no.: 2612 dan Muslim, jil.: 3, no.: 1469)


Menasihati Pemimpin Adalah Tanggungjawab Umat

Daripada abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga perkara dan memurkai kamu dalam tiga perkara. Dia meredhai kamu jika kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya sedikit pun, berpegang teguh pada tali Allah dan menasihati orang yang Allah jadikan sebagai pemerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu jika banyak bercakap (perkara yang tiada faedah) membazirkan harta dan bayak bertanya (yang bukan-bukan).” (Hadis Riwayat Malik, jil.: 2, no.: 169)

Kemungkaran itu dibenci. Tetapi untuk memastikan ia lenyap, cara yang berkesan mesti digunakan. Jika sekadar melepaskan perasaan marah, hal itu hanya menyukarkan lagi tugas menghapuskan kemungkaran itu.

Para ulama dahulu juga tegas ketika membantah kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah. Namun, mereka tidak pernah memaki hamun, mempersenda dan mencerca pemerintah.Ulama dahulu jugak tidak pernah mengaibkan pemerintah hanya kerana bermotifkan politik.

Caci maki hanya mengundang keburukan. Bahkan tidak berfaedah kepada Islam. Jika mereka dinasihati dengan baik, jelas, tegas, dan tidak menggadaikan prinsip agama, pemerintah mungkin akan memikirkan perkara itu dan menerimanya.

Pemerintah umat ini masih ketandusan nasihat-nasihat yang hebat seperti yang pernah diberikan oleh para ulama suatu ketika dahulu. Sehinggakan para pemerintah yang mendengarnya menitiskan air mata.

Para ulama yang berpegang pada manhaj al-Sunnah tidak menjadikan kesalahan dalam pemerintahan sebagai modal untuk menghentam pemerintah. Mereka mengharapkan kebaikan kepada para pemerintah.

Mereka hanya menasihati pemerintah demi masa depan agama. Dalam masa yang sama, mereka bertegas terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah.

Tidak Bersubahat Dengan Kezaliman Pemerintah

Para ulama dan cendekiawan muslim yang berkesempatan untuk duduk bersama pemerintah hendaklah menjaga diri mereka agar tidak dijadikan alat untuk mengharuskan tindakan-tindakan salah pemerintah. Mereka hendaklah membimbing pemerintah. Bukan dipengaruhi pemerintah ke jalan yang salah.

Ramai pemerintah sukakan para ulama. Namun, tujuan mereka tidak sama. Ada pemerintah yang bertujuan mengambil manfaat daripada ilmu para ulama dan ketaqwaan mereka dan ada juga yang bertujuan mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri.

Keadaan ini menuntut para ulama berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat dan fatwa agar mereka tidak dijadikan bahan mainan para pemerintah.

“Susungguhnya selepasku ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka
dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan daripadaku dan aku bukan
daripadanya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia daripada kalanganku dan aku daripada kalangannya dan dia akan mendatangi telaga
(di syurga).” (Riwayat ahmad, ji.: 14, m.s.: 78, an-Nasai’e, jil.: 7, m.s.: 160
dan al-Tirmidzi. Disahihkan oleh al-albani)

Dalam berdakwah kepada pemerintah, kita banyak terpengaruh dengan pendekatan dan budaya politik yang tidak bersumberkan al-Qur’an dan sunnah. Panduan berdakwah terhadap pemerintah terlalu banyak termaktub dalam sunnah. Namun ia tidak diendahkan. Akhirnya kita gagal menuju matlamat yang hendak dicapai.


ramai cakap pasal Islam,tapi berapa ramai yang berpegang pada tali Allah? macamana kita nak ubah seluruh masyarakat,kalau kita sendiri belum masuk ke dalam Islam sepenuhnya.Kita belum ingat nama Allah yg 99,kita belum kenal sifat Allah yg 20.macamana kita kata kita beriman kpada Allah kalau basic pun tak lepas.kalau kita ingat,berapa pula yg faham..kalau kita faham,berapa pula yg beramal..kalau kita amal,brapa pula yg sempurna amalnya..kalau sempurna,berapa pula yg diterima amalnya.ini bukan kritikan tetapi peringatan kpada diri saya jugak dan dikongsikan dgn shabat2 di luar sana.ingatlah,bahwa orang-orang mu’min adalah bersaudara ( al-Hujarat:10)

Apapun ini pendapat saya yg serba kurang dan ditambah pendapat para ilmuan bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah

Anonymous said...

malaysia ramai sangat yg gile kuase. cube bawak bersabar. bace quran dan bertenang. ehhehhe.

Anonymous said...

kite nk buat muzakarah tapi depa xnak.......

Anonymous said...

wahh rem kagumlah.. support pendapat anda.. huhu.. kita sesama kita berpecah.. org asing akn amik alih..

Anonymous said...

teruskan usaha murni.. blog y menarik..

Anonymous said...

saya berminat dgn jawapan kamu tentang perbalahan antara parti2 politik yang berlaku.....
so sy nak beri pendapat dan pertanyaan.... harap saudara tak keberatan ntuk beri komen.....

harini........ ramai remaja yang berfikir jauh tentang pentadbiran negara, ada yang tak kisah dan yang paling sedih, ada yang tak amek tau langsung...
bagi remaja, terutama yang tinggal di bandar(bukan semua), menolak 100% pentadbiran secara islam dengan alasan, negeri yg dipimpin oleh kerajaan islam, tidak membangun, kolot, ketinggalan, dan mengongkong kebebasan mereka untuk bersuka2( xpkai tdung, brgaul bebas...etc..)...ini berdasarkan pengalaman saya sendiri apabila sy acukan pendapat tentang kepimpinan islam pada rata2 kwn saya....

such thougt may occur when one is lack of religionic taught... tapi, inilah hakikat remaja kini(especially yg bragama islam)...
ramai yang dah mula menghalalkan yang haram, terutamanya di dalam pergaulan, dan pemakaian(very obvious)........



so........ mereka inilah yang akan tutup telinga untuk pendapat2 yang menghalang kebebasan mrk.

apa pendapat saudara tentang mereka yang berfikiran sebergini..??

kereng said...

Apa pn yg dikata oleh media massa, realitinya, Malaysia perlu dipimpin oleh pemimpin yang benar2 bersih dan berkaliber. Enough of coruption. Sy setuju ni masa untuk perubahan. Time for reformation.

hanep said...

hoho..
great blog.
truskn usaha anda

Anonymous said...

sori menyibuk.. saje je gatal tangan nk tulis..
ape2 pun undilah org islam..
pilih lah parti islam..

Saiful said...

Bodoh Spa Skong Cina Dgn Hindu.. bodoh2.....

Org Skong UMNO lah weh... kita sebagai org melayu....

HIDUP MELAYU

D MNA HAK ORG MELAYU D PENANG SEKARANG? DAH HILANG? 2 LA PEPANDAI SKONG CINA SPA SOWOH !!! ahahahaha

Anonymous said...

betul tu SAIFUL aku sokong kau nyer pendapat....hahahaha

Anonymous said...

aku org penang. tau x apa kwn cina aku ckp? igt nk bg tepuk sikit ja, tak sangka sampai pusing kapla. hahaha! bukan apa wei, kalo gov terus camni bnyk org payah carik makan ma.. melayu xsemestinya sokong UMNO. time Tun ok gak. walau kuku besi (yg diwar2kan) xde lah smpi jatuh 5negri pun. pasal rasuh ke mende ke pun still org xleh tunjuk bukti pepun. anyway, nice blog!

Anonymous said...

Malaysia harus aman dan makmur..semua perlu besatu padu..tp skrg ni kalau diteliti betul2,kaum cina cuba nak mengambil alih malaysia..nak buat mcm negara depa nun...islam diketepikan..Yg India pulak cuma tunggu peluang nak cari isu..BODOH MANGKUK punya Hindraf...ddk kat M'sia punya lama makan hasil negeri org..tiba2 nak tuntut pelik2 kepala bapak apa?kiat harus bersatu..jgn pilih pemimpin yg berasaskan dendem kesumat..pilih yg berwibawa...trus trg sy katakan..anwar pembelot negara..jual bangsa sendiri..tu pun nka sokong lagi...dlm semua2 yg ada,Nik Aziz yg patut dpt penghormatan...pk la sendir..sayang atau tidak negar dan bangsa kita ni?jgn sampai tanah dipijak milik orang..renungkan

Adverlets sucks: Click to view larger version